Kategori : IBADAH Fidyah Kifarah
Tajuk : Hakikat Orang Yang Miskin
Hadith : Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bukanlah orang miskin, orang yang pergi dari rumah ke rumah, dia dapat ditolak oleh sesuap dan dua suap makanan, sebiji kurma dan dua biji kurma. Akan tetapi orang yang miskin itu ialah orang yang tidak memperoleh kecukupan yang dapat mencukupkan keperluannya dan tidak diketahui orang tentang kemiskinannya yang menyebabkan orang memberi sedekah kepadanya. Dan dia pula tidak pergi meminta ke sana ke mari (tidak mengulang-ulangi permintaannya kepada orang lain). ” (al-Bukhari dan Muslim)
Huraian
Orang yang miskin adalah orang yang tidak mempunyai kecukupan dan tidak mahu menampakkan kemiskinannya kepada orang lain. Dia tidak mengemis ke sana sini sebaliknya berusaha mencari pendapatan sendiri. Orang sebeginilah yang layak menerima sedekah dan mendapat bantuan.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Ruangan untuk perkongsian ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Sama- sama kita ambil maklumat yang baik untuk dijadikan rujukan,sandaran dan teladan serta yang buruk dijadikan peringatan, iktibar dan tauladan. Jika ada tersalah dalam berkata- kata harap diberi teguran membina. InsyaAllah semoga kita semua menjadi manusia yang dipilih untuk memakmurkan bumi Allah ini.
Rabu, 14 Oktober 2009
Selasa, 13 Oktober 2009
Hadis Riwayat Al-Bukhari
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta- minta".
Langgan:
Catatan (Atom)