Sabtu, 19 November 2011

Hadis 40 oleh Imam An- Nawawi

Hadis 6
صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم
.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: 
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. 
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara- perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :
- Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik.
- Manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.

2) Perkara-perkara Syubhat :
- Berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.
- Yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.

3) Bila berhadapan dengan syubhat :
- Tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.
- Syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat).
- Tinggalkan syubhat - sifat wara’ - sempurna iman.

4) Peranan Hati : 
- Banyak ayat ditujukan pada hati ( hadis - aqal terletak dihati )
- Hati berpenyakit - jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.

Pengajaran hadis:
- Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.
- Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.
- Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
- Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

Rabu, 16 November 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, 
tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Jom Mengenali Tokoh- Tokoh Islam

Akhir- akhir ini, anak- anak Islam kecil- kecil lagi atau semasa kukunya masih lembut lagi, di sekolah- sekolah telah dikenalkan dengan siapa itu Buddha? Siapa itu Confucius? Siapa itu Mahatma Gandhi? Siapa itu Napoleon, Siapa itu King Richard, Siapa itu Sokratis? Banyak lagi seumpamanya tetapi kisah- kisah Nabi Muhammmad SAW, sahabat- sahabat baginda, ulama- ulama besar Islam dan sarjana- sarjana Islam tidak dibuat begitu atau diambil berat.

Sedangkan ulama- ulama Islam di zaman keemasannya dan sarjana- sarjana Islam di zaman jayanya amat terkenal di timur dan di barat, buku- buku yang dikarang beratus- ratus tahun menjadi buku bacaan di sekolah dan universiti barat, bahkan sesetengah sarjana- sarjana Islam mereka puja dan dibuatkan patung untuk menghormatinya. Buku- buku dalam ilmu- ilmu tertentu seperti falsafah, perubatan, aljibra, musik dan lain- lain terlalu banyak mereka terjemahkan ke pelbagai bahasa.

Antara tokoh- tokoh Islam yang terkemuka adalah Abu Hanifah An-Nu'man, Imam Malik bin Anas, Al- Imam Syafi'e, Al- Imam Ahmad Bin Hanbal, Al- Imam Al- Ghazali, Al- Imam Al-Bukhari, Al- Imam An- Nawawi, Abu Hurairah RA, Abdullah bin Mas'ud, 'Amru Ibni Al-'As, Khalid bin Al- Walid, Bilal bin Rabah, Abu Zar Al-Ghifari, Salman Al- Farisi, Al- Syeikh Abdul Kadir Al- Jailani, Junid Al-Baghdadi, Ibni Al- Arabi, Ibni Sina ( Orang barat mengenalinya sebagai Avicenna ), Alkandi, Ibnu Rusydi ( Orang barat mengenalinya sebagai Averroes ), Al- Farabi, Jamaluddin Alafghani ( Penulis Barat menggelarnya Bapa Pan Islamisme ), Al- Imam Muhammad 'Abduh, Haji Agus Salim ( Orang Barat menggelarnya The Grand Old Man Of Indonesia ), Awis Al- Qarni dan banyak lagi.
Ibnu Rusydi
Ibni Sina
Semoga dikelapangan kita berusaha sedikit untuk mencari riwayat hidup tokoh- tokoh Islam ini. Dengan ini dapat menghidupkan hati kita di kelapangan ilmu pengetahuan dan semoga cara- cara hidup dan perjuangan mereka dapat menjadi contoh kepada kita. InsyaAllah.

Kata- kata dipetik dari Hj Mohd Said Abdul Hadi - Penulis Buku 28 Tokoh Islam Yang Terkemuka