![]() | |||
Gambar diambil dari iluvislam.com |
Ruangan untuk perkongsian ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Sama- sama kita ambil maklumat yang baik untuk dijadikan rujukan,sandaran dan teladan serta yang buruk dijadikan peringatan, iktibar dan tauladan. Jika ada tersalah dalam berkata- kata harap diberi teguran membina. InsyaAllah semoga kita semua menjadi manusia yang dipilih untuk memakmurkan bumi Allah ini.
Jumaat, 30 September 2011
Ahad, 18 September 2011
Riwayat al- Tarmizi
Abdullah Bin Busr r.a berkata, seorang bertanya," Ya Rasulullah, syariat Islam banyak kebaikannya. Maka ajarkanlah kepada saya sesuatu yang akan saya pegang untuk menjaga diri dengan baik". Jawab Nabi," Hendaklah lidahmu sentiasa basah berzikir pada Allah".
( Riwayat al- Tarmizi )
Selasa, 13 September 2011
Jom Menderma Untuk Bina Masjid Baru
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3
perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang bermanfaat, atau Anak soleh
yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud,
Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].
Rabu, 7 September 2011
Ucapan Selamat Hari Raya
Warga Kerja Blog PDPC mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Diharapkan Kedatangan Syawal kali ini memberi peluang untuk kita mengucapkan syukur kepada-Nya dan semoga umur yang dipinjamkan ini memberi kekuatan untuk kita melakukan lebih banyak kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Semoga kita dapat dipertemukan lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan. InsyaAllah.
Jika ada sebarang cadangan untuk memperbaiki mutu blog PDPC dan mempunyai maklumat untuk disiarkan di dalam blog PDPC ini, boleh dimaklumkan dengan menghantar emel di mawahyu@gmail.com. Terima kasih.
Fasa Kehidupan Manusia
Alam Dunia adalah alam tempat ujian bagi manusia dimana siapa diantara mereka yang paling baik amalannya. Dipinjamkan masa untuk kita mengumpulkan sebanyak- banyaknya pahala dan menjauhi perkara- perkara yang mendatangkan dosa. Semuanya untuk bekalan kehidupan seterusnya iaitu Alam Kubur dan Alam Akhirat. Di Alam Akhirat Allah akan menentukan keputusan dua tempat untuk manusia, apakah ia akan menghuni surga atau menghuni neraka. Sama- samalah kita menasihati dan memperingati sesama kita untuk kebaikan kita semua kelak. InsyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)