Rabu, 7 September 2011

Fasa Kehidupan Manusia

Alam Dunia adalah alam tempat ujian bagi manusia dimana siapa diantara mereka yang paling baik amalannya. Dipinjamkan masa untuk kita mengumpulkan sebanyak- banyaknya pahala dan menjauhi perkara- perkara yang mendatangkan dosa. Semuanya untuk bekalan kehidupan seterusnya iaitu Alam Kubur dan Alam Akhirat. Di Alam Akhirat Allah akan menentukan keputusan dua tempat untuk manusia, apakah ia akan menghuni surga atau menghuni neraka. Sama- samalah kita menasihati dan memperingati sesama kita untuk kebaikan kita semua kelak. InsyaAllah.

Tiada ulasan: